Pandangan Hukum Syarak Penyambungan Tempoh Pengambilan Keuntungan Simpanan Tetap Islamik Di Perbadanan Wakaf Selangor

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2019 yang bersidang pada 5 Zulhijjah 1440H / 6 Ogos 2019 memutuskan:

a) Penyambungan tempoh pengambilan keuntungan Simpanan Tetap Islamik Kumpulan Wang Wakaf iaitu Wakaf Am, Wakaf Tunai dan Wakaf Khas sebanyak 80 peratus (80%) ke akaun Korporat PWS atau Manfaat Wakaf PWS; dan

b) Tempoh penyambungan pengambilan keuntungan simpanan tetap Islamik daripada Kumpulan Wang Wakaf iaitu Wakaf Am, Wakaf Tunai dan Wakaf Khas adalah selama tiga (3) tahun bermula dari 1 Januari 2020.

c) Pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hendaklah mengemukakan laporan perincian perolehan dan perbelanjaan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa setiap enam (6) bulan.

Bertarikh 6 Ogos 2019

(MJKFNS. BIL.4/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com