Pandangan Hukum Syarak Penarikan Balik Hibah

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2019 yang bersidang pada 5 Zulhijjah 1440H / 6 Ogos 2019 memutuskan:

Hibah yang telah berlaku terimaannya (qabd) tidak harus ditarik balik kecuali hibah daripada ibu, bapa, nenek atau datuk kepada anak atau cucunya, tertakluk kepada syarat-syarat berikut: 

(1) Anak atau cucu mestilah mempunyai kapasiti (ahliyyah) untuk bertasarruf iaitu tidak gila, atau muflis;

(2) Mawhub mestilah masih berada dalam pemilikan anak dan bukannya telah dijual, dihibah kepada orang lain, diwakafkan atau diwariskan kepada ahli waris;

(3) Hibah tersebut bukan hibah yang mensyaratkan balasan;

(4) Penarikan balik hibah tidak dibuat dengan sebab kematian penghibah atau penerima hibah dan hak tersebut tidak boleh dipindahkan kepada ahli waris penghibah selepas kematiannya kerana ahli waris dianggap sebagai orang luar dalam akad hibah;

(5) Tidak berlaku kerosakan mawhub. Jika kerosakan itu berlaku pada sebahagian daripada fizikal mawhub, pembatalan terhadap bahagian lain yang masih tidak rosak dibenarkan; dan

(6) Penarikan balik hibah hendaklah dilakukan melalui Mahkamah Syariah.

Bertarikh 6 Ogos 2019

(MJKFNS. BIL.4/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com