Pandangan Hukum Syarak; Isu Penghinaan Terhadap Allah Dan Agama Islam Di Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2021 yang bersidang pada 8 Muharram 1443H bersamaan 17 Ogos 2021 telah memutuskan bahawa:-

a) Islam merupakan agama yang tidak akan berkompromi sama sekali dengan mana-mana pihak yang menghina agama tanpa mengambil kira sama ada agama yang dihina itu adalah Islam atau selainnya.

b) Perlu ditegaskan bahawa ketetapan penggunaan nama Allah hanya boleh digunakan kepada Allah SWT sahaja dengan menjaga kemulian dan ketinggian-Nya.

c) Selaras dengan Perlembagaan Malaysia yang meletakkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka Islam wajib didaulatkan. Manakala sebarang bentuk penghinaan atau apa sahaja yang merendah-rendahkan kedudukan Islam seperti yang dinyatakan di atas adalah dilarang sama sekali bahkan boleh mengundang ketidakharmonian beragama.

Bertarikh 17 Ogos 2021

(MJKFNS. BIL.4/2021)

DATO’ DR. HAJI ANHAR BIN HAJI OPIR

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com