Pandangan Hukum Syarak : Cerai Taklik Pilihan Kepada Isteri Sekiranya Suami Berpoligami

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawwal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:

Bersetuju bahawa berdasarkan Seksyen 22 Catatan dalam Daftar Perkahwinan, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah mencakupi isu berkaitan taklik dalam perkahwinan Islam. Sehubungan itu, sebarang pindaan undang-undang bagi tujuan penambahan lafaz cerai taklik ini tidak diperlukan.

Bertarikh 2 Julai 2019

(MJKFNS. BIL.3/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com