Hukum Zakat Untuk Perniagaan Dan Pelaburan Bercampur Status Syariah (Halal Berkadaran)

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2018 yang bersidang pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jumada al-Akhirah 1439H memutuskan bahawa:

Wajib mengeluarkan zakat perniagaan dan pelaburan yang patuh syariah sahaja.

Manakala baki daripada keuntungan perniagaan dan pelaburan yang tidak patuh syariah hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

Bertarikh 13 Mac 2018

(MJKFNS. BIL.1/2018)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com