Status Tanah Wakaf Di Lot 6684, Telok Gadong, Klang

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 28 Disember 2002 telah memutuskan bahawa:

Konsep Istibdal bolehlah digunakan terhadap Tanah Wakaf Lot 6684, Telok Gadong, Klang, iaitu dengan menukarkan tanah asal yang sedia ada yang telah diwakafkan bagi dibina masjid dengan tanah lain yang sama nilainya atau lebih tinggi. Justeru itu, penilaian sebenar hendaklah dibuat oleh Pegawai Penilai Kerajaan atau swasta bagi menentukan harga pasaran semasa tanah asal dan dicadangkan diganti itu.

Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor juga telah memutuskan bahawa niat pewakaf untuk membina masjid hendaklah dilaksanakan di tapak tanah baru yang akan digantikan dengan konsep Istibdal.

Keputusan fatwa yang telah dibuat pada 13 September 2000 mengenai perkara ini adalah dibatalkan kerana Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah dikemukakan beberapa fatwa baru yang lebih terperinci dan lengkap mengenai latar belakang kes ini yang tidak dikemukakan sebelumnya.

* Nota : Fatwa Ini Berkaitan Dengan Fatwa Tanah Wakaf Khas MAIS, Lot 6684 Teluk Gadong Pelabuhan Klang bertarikh 13 September 2000 Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ Bil.6/2002.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com