Hukum Cerai Melalui Sms

Setelah meneliti setiap pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor dan cadangan yang dikemukakan dalam kertas kerja, maka mesyuarat memutuskan:

i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami
b. Bahawa penerima SMS adalah isteri
c. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima
d. Suami berniat untuk menceraikan isteri

ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.
iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com