Sahibus Samahah Dato' Setia Hj. Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid
- Dilahirkan pada 18 Mei 1951 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
- Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit Enam, Sg. Besar dari tahun 1958 hingga 1963,
- Seterusnya di Maahad Ehyaul Falah, Sungai Besar dari tahun 1964 hingga 1969.
- Januari 1970 hingga Disember 1972 melanjutkan pelajaran ke Yayasan Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri, Kelantan
- Oktober 1973 hingga Julai 1977 melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
- Oktober 1977 hingga Ogos 1978 telah menyambung pengajian ke Universiti Ain Syams, Kaherah.
- Bertugas sebagai guru mulai 5 November 1979 hingga Disember 1986 di SAMT. Hisamuddin, Klang.
- Pada Januari 1987 dilantik sebagai pengetua di SAMT. Kuala Kubu Bahru sehingga November 1993
- Dilantik menjadi Pengetua di SAMT. Hisamuddin Klang pada Disember 1993 hingga 15 Mac 1998.
- Pada 16 Mac 1998 beliau telah dilantik sebagai Mufti Negeri Selangor sehingga kini.