Pandangan Hukum Syarak; Kadar Peratusan Terkini Pelaburan Patuh Syariah PNB Dan Ketetapan Kadar Taksiran Zakat Ke Atas Pelaburan ASNB

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2021 yang bersidang pada 27 Jumadal Akhirah 1442H bersamaan 9 Februari 2021  mengambil maklum bahawa:

a)   PNB telah mencapai 75.7% kepatuhan syariah sehingga Disember 2020 dan akan ditingkatkan dari semasa ke semasa.

b)  Berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2020 yang bersidang pada 3 November 2020 telah memutuskan: “Hukum Pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah harus setelah pihak PNB mencapai sasaran 75% patuh syariah dalam pelaburan yang dilaksanakan”.

Sehubungan itu, taksiran zakat ke atas pelaburan ASNB adalah dikira 2.5% daripada jumlah pelaburan tahun tersebut bersama dengan dividen dan bonus yang diumumkan pada tahun berikutnya, maka ia akan dikira sebagai jumlah yang akan dikeluarkan zakat bagi tahun semasa. Kewajipan zakat terhadap pelaburan ASNB adalah dikenakan sepenuhnya ke atas aset pelaburan, dividen dan bonus. 

Bertarikh 9 Februari 2021  

(MJKFNS. BIL.1/2021)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com