Pandangan Hukum Syara, Penjualan Produk Menggunakan Ayat Ruqyah (Ayat Al-Quran) Untuk Tujuan Komersial

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2018 yang bersidang pada 14 Ogos 2018 bersamaan 2 Zulhijjah 1439H memutuskan:

(1)  Islam tidak menafikan penggunaan ruqyah dan Rasulullah S.A.W membolehkan untuk meruqyah selama mana tidak melibatkan amalan syirik. Walau bagaimanapun, orang Islam adalah ditegah daripada menyalahgunakan ayat ruqyah dan juga istilah makanan Sunnah untuk tujuan komersil.

(2)  Mana-mana orang Islam adalah dilarang menyalahgunakan ayat ruqyah, istilah makanan Sunnah atau rawatan Islam untuk tujuan komersil.

(3)  Mana-mana orang Islam adalah dilarang bersubahat dalam melakukan mana-mana perkara yang dilarang dalam perkara (2).

Bertarikh 14 Ogos 2018

( MJKFNS. BIL.4/2017 )                                                                                                                         

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com