Hukum Mewujudkan Kawasan Perkuburan Di Atas Tanah Wakaf

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2018 yang bersidang pada 20 April 2018 bersamaan 4 Syaaban 1439H memutuskan bahawa:

Tidak harus harta wakaf yang telah ditetapkan syarat-syarat tertentu diambil semula oleh mana-mana pihak sama ada orang yang mewakafkan ataupun orang yang bukan mewakafkannya, kerana hak milik barang yang diwakafkan telah berpindah kepada milik Allah SWT. 

Syarat-syarat tersebut hendaklah dipatuhi selaras dengan niat asal pewakaf tanpa menggunakannya untuk tujuan yang lain.

Bertarikh  20 April 2018

(MJKFNS. BIL.2/2018)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com