Pengurusan Jenazah Dan Tanah Perkuburan Islam Melalui Badan Khairat Kematian Oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd.

Mesyuarat telah mengambil beberapa keputusan setelah perbahasan dengan pembentang tersebut seperti berikut:

a. Ahli mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara bahawa keputusan fatwa berkaitan dengan Pengurusan Jenazah dan Tanah Perkuburan Islam melalui Badan Khairat oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. tidak perlu diwartakan.

b. Ahli mesyuarat juga bersetuju supaya satu garis panduan Pengurusan Tanah Perkuburan perlu disediakan antara lain:
a) Tidak akan membina binaan di atas kubur.
b) Adanya kawalan dari pihak Lembaga Amanah yang telah dilantik.
c) Tidak ada perbezaan taraf.
c. Bersetuju dengan Pengurusan Jenazah mengikut sistem yang dianjurkan oleh Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd.
d. Dicadangkan agar S.S. Dato’ Mufti dimasukkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Badan Amanah Khairat Kematian.
e. Bersetuju dengan konsep Syarikat Dayafasih Sdn. Bhd. untuk dijadikan model tanah perkuburan yang bersistematik dan mencadangkan kepada JAIS untuk menguruskan tanah perkuburan di Negeri Selangor seperti konsep tersebut dengan bayaran yang minima.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com