Mesyuarat telah meneliti kertas tersebut dan membuat keputusan bahawa:
Wang zakat tidak boleh digunakan bagi membiayai bakal haji yang ditawarkan oleh MAIS berdasarkan kepada bahawa:
i. Bakal-bakal haji tersebut tidak boleh dimasukkan ke dalam asnaf zakat.
ii. Kewajipan haji adalah berdasarkan kemampuan seseorang Islam sebagaimana firman Allah di dalam surah Ali Imran ayat 97 : mafhumnya:
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”
![](https://www.muftiselangor.gov.my/wp-content/uploads/2023/10/Penggunaan-Wang-Zakat-Bagi-Pembiayaan-Bakal-Bakal-Haji-Yang-Diwartakan-Oleh-MAIS-1-724x1024.png)