Memperuntukan Sebahagian Zakat Perniagaan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 10 September 2002 telah memutuskan bahawa:

Bank Islam sebagai Pembayar Zakat hendaklah menyerahkan sepenuhnya pembayaran zakat kepada Pusat Zakat Selangor selaku ‘Amil yang diberi kuasa untuk menerima dan mengagihkan zakat. Sekiranya pihak Bank Islam mempunyai keperluan untuk membantu mana-mana asnaf lain termasuklah al-Ghorim, maka pihak Bank Islam bolehlah mengemukakan permohonan kepada Pusat Zakat Selangor untuk diberi pertimbangan sewajarnya.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com