Hukum Berkaitan Aqad Saham Wakaf Yang Dibuat Melalui “Web-Site” Akan Dihantar Melalui Pos Dan Hukum Harta Yang Diperolehi Disebabkan Kematian Boleh Dianggap Harta Pusaka Atau Tidak

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;

Harus dan sah aqad saham wakaf yang dibuat melalui “web-site” atau dihantar melalui pos tanpa lafaz Qabul oleh pihak menerima wakaf dalam satu majlis, manakala wang pampasan yang diperolehi disebabkan kematian atau seperti duit insuran nyawa, khairat kematian dan sebagainya adalah dikira harta faraid dan hendaklah dibahagikan mengikut sistem faraid.

Accessibility Toolbar

PHP Code Snippets Powered By : XYZScripts.com