Piagam Pelanggan
- Menjawab kemusykilan agama melalui surat dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja bagi isu yang perlukan kajian (PK) dan dalam tempoh tiga puluh lima (35) hari bekerja bagi isu yang perlukan kajian lanjutan (PKL).
- Mengeluarkan surat panggilan sesi penasihatan akidah tidak kurang lima (5) hari bekerja sebelum sesi dijalankan.
- Melaksanakan proses penentuan dan pengesahan arah kiblat di lokasi dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas permohonan diterima.
- Melaksanakan maklumbalas pengesahan azimut kiblat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja setelah permohonan diterima.
- Melaksanakan pengeluaran Data Takwim solat selewat-lewatnya 31 Oktober setiap tahun.
- Memberi maklumbalas surat permohonan lawatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas permohonan diterima.
- Memberi akuan terima kepada pelanggan melalui sistem Taudhih al-Ahkam berkenaan soalan yang diajukan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memastikan bayaran perlu diproses dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan invois dan dokumen lengkap.
- Menyelesaikan aduan awam dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.