webmail jabatan mufti selangor

Print

Balai Cerap Selangor

Balai Cerap Selangor merupakan sebuah bangunan kajian ilmu falak yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Balai Cerap di Bahagian Falak , Jabatan Mufti Selangor. Ianya terletak di Sungai Lang, Parit Baru, 45200 Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.

Bangunan ini dibina menghadap ke laut dimana skop pandangan yang jelas dan luas di mana ufuk mar’ie tempat terbenam matahari di kawasan tersebut adalah pada arah azimut 200° hingga 296° dan kawasan kenampakan sehingga ke Tanjung Lumba-Lumba di Perak kelihatan amat jelas.  Bangunan ini juga dibina di kawasan Sabak Bernam kerana kurangnya pencemaran yang boleh menggangu aktiviti cerapan.

Bangunan ini merangkumi pejabat, ruang pameran, parkir kereta, pondok keselamatan, dewan solat dan  kubah cerapan. Kubah cerapan berbentuk bulat mengandungi 2 buah teleskop jenis pembiasan untuk mencerap matahari, bulan, bintang dan segala objek di langit yang luas ciptaan ALLAH S.W.T.

Galeri Gambar

  • lawatan_centrallivinian_24feb_1
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0
  • lawatan_centrallivinian_24feb_2
  • Author: No Data
  • Rating: No Votes 
  • Comments: 0

FaLang translation system by Faboba

Hakcipta © 2013 Jabatan Mufti Negeri Selangor. Hak Cipta Terpelihara.
Penafian : Jabatan Mufti Negeri Selangor tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan informasi yang diperolehi daripada portal ini dan penggunaan Google Translate untuk Bahasa Inggeris dan bahasa asing adalah tidak tepat.