A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Fatwa

Apa Itu Fatwa ?

Fatwa berasal dari bahasa arab iaitu fata - yaftu - fatwa atau futya. Ia membawa maksud menjawab perkara-perkara yang menjadi kemusykilan, seperti seseorang berkata "meminta fatwa daripadanya maka dia pun memberi fatwa" (Ibrahim Najaib Muhammad Iwad, Al-Qada fi Al-Islam, Kahirah:Majma’ Al-Bunuth Al-Islamiyyah :1975 hal :10).
 
Fatwa dan segi istilah ialah pemberitahuan tentang sesuatu hukum syara' berdasarkan istinbat yang dilakukan oleh seseorang mufti yang mempunyai kewibawaan dalam Islam untuk memberi jawapan kepada sesuatu kemusykilan, walau bagaimanapun jawapannya itu tidak mengikat.