- Membantu dan menasihati D.Y.M.M. Sultan dan Kerajaan Negeri dalam perkara yang berkaitan hal ehwal hukum syarak.
- Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap sesuatu isu baharu yang memerlukan keputusan.
- Mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syarak.
- Menjelaskan dan menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.
- Menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal, takwim jadual waktu solat dan menjalankan penyelidikan dan pendidikan falak.
- Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan Aqidah, Syari’ah dan Akhlak Islamiyyah.
- Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan ilmu falak.
- Menjalankan khidmat nasihat Hukum Syara’ dan Aqidah.
- Membangun, mengurus dan memajukan sumber maklumat dan hal ehwal hukum syara’.
- Mengurus dan mentadbir semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pembangunan modal insan dan teknologi maklumat.
- Mengurus dan membangun sumber manusia.