Pengenalan Balai Cerap Selangor

Objektif Penubuhan Balai Cerap Selangor
Pembinaan Balai Cerap ini adalah bertujuan untuk:
- Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan ilmu falak dan astronomi melalui kerjasama daripada pelbagai institusi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Kajian Sains Angkasa (BAKSA), Universiti Malaya (UM), JAKIM, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan lain-lain.
- Menjadi pusat pendidikan, latihan dan penyebaran dakwah melalui kursus-kursus atau seminar falak sebagai usaha menyebarkan ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut.
- Menjalankan aktiviti falak dengan lebih berkesan dan sistematik seperti melihat anak bulan, mencerap objek di langit seperti bintang, planet, buruj, komet atau meteor bagi mendapatkan maklumat terkini tentang perubahan-perubahan objek di langit yang boleh mempengaruhi sistem cakerawala.
Instrumen Balai Cerap Selangor
Balai Cerap Selangor dilengkapi dengan beberapa instrumen seperti yang berikut:
- Teleskop Utama: Takahashi TOA 150 APO refractor D = 150 mm, F = 1100 mm, f/7.3

- Teleskop Sekunder: Vixen 81 mm APO refractor D = 81 mm, F = 616 mm, f/7.7

- Teleskop Matahari: Lunt 100 mm LS100T

Prasarana Balai Cerap Selangor
- Pejabat
- Ruang Pameran
- Dewan Solat
- Kubah Cerapan
- Ruang Cerapan
Kedudukan Balai Cerap Selangor
Kedudukan Balai Cerap Selangor amat strategik kerana terletak jauh dari kawasan bandar dan perindustrian. Jarak Balai Cerap Selangor dari pekan Sabak Bernam lebih kurang 20 kilometer. Kemudahan infrastruktur dan sistem perhubungan yang baik seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik mudah diperoleh.
Hubungi Kami
Waktu Melawat / Lawatan Umum:
- Isnin hingga Jumaat
8.30 pagi - 5.30 petang
*Lawatan di luar waktu pejabat / cuti umum / Sabtu dan Ahad adalah berdasarkan permohonan kepada pihak pengurusan Balai Cerap Selangor
Jika mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk mengadakan program dengan Balai Cerap Selangor, hubungi kami:
Alamat: Balai Cerap Selangor, Sungai Lang, Parit Baru, 45100 Sungai Air Tawar, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3213 6220 / 03-3213 6043 Faks: 03-3213 6197
Atau hubungi:
Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor di talian: 03-5514 3716 / 03-5514 3717