A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Bahagian Maktabah

Latar Belakang

Bahagian ini telah diwujudkan pada awal Oktober 2002. Bahagian Maktabah diwujudkan selari dengan keperluan pengurusan sumber maklumat dan teknologi maklumat yang berkembang pesat.

Objektif Bahagian Maktabah
  • Menyediakan prasarana, infrastruktur teknologi maklumat dan perkhidmatan pusat sumber maklumat kepada semua kakitangan di Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Fungsi Utama Bahagian Maktabah
  • Memastikan koleksi perpustakaan sentiasa ditingkatkan. Koleksi perpustakaan adalah terdiri daripada kitab-kitab, buku-buku terjemahan, kertas kerja seminar, artikel, majalah, keratan akhbar dan sumber multimedia (video dan CD).
  • Memastikan penyediaan prasarana dan infrastruktur Teknologi Maklumat jabatan dengan lancar.
  • Merancang dan melaksanakan strategi penyebaran maklumat kepada masyarakat umum melalui media elektronik atau laman sesawang dan media sosial jabatan.
  • Merancang dan mengendalikan latihan dan kursus peningkatan kemahiran ICT bagi pegawai dan kakitangan.
  • Menyelaras soal jawab agama melalui emel jabatan.
  • Menyelaras rakaman semua perkara berkaitan aktiviti rasmi anjuran jabatan dalam bentuk video dan dimuatkan di dalam laman sesawang jabatan.
  • Mengurus bahan-bahan untuk penerbitan dan percetakan seperti Kitab Matla' al-Badrain, buletin jabatan, risalah, majalah dan jurnal termasuk isu-isu semasa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.