Jabatan Mufti Negeri Selangor ingin menjemput semua pihak untuk bersama-sama Jabatan ini meraikan sambutan Bulan Falak Selangor sempena Muharram 1445H bermula pada 18 Julai 2023 hingga 17 Ogos 2023. Mari meriahkan bulan Muharram ini dengan program-program falak di tempat masing-masing atau sertai program-program falak yang dianjurkan oleh Jabatan ini.
Bulan Falak Selangor tahun ini akan dimulakan dengan Program Ahlan Muharram 1445H di FB Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 18 Julai 2023 jam 6.30 petang. Tuan-tuan dan puan-puan dijemput untuk turut serta dalam cerapan hilal Muharram 1445, bacaan doa awal/ akhir tahun dan mendengar pesanan awal Muharram yang akan disampaikan oleh Y.A.D. Dato' Setia Prof. Madya Dr. Hj. Anhar bin Hj. Opir, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor.
Sila rujuk FB Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk info program-program falak yang akan dilaksanakan.