Berikut adalah waktu kedudukan Matahari se arah kiblat bagi negeri Selangor pada 25 Mei 2023 bersamaan 5 Zulqa'dah 1444H. Tatacara mendapatkan kiblat menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut:
1. Pastikan merujuk kepada waktu yang tepat berdasarkan Waktu Piawai Malaysia.
2. Gunakan objek yang diyakini tegak (90 darjah) dan lurus seperti tingkap, pintu dan lain-lain atau benang yang diikat batu pemberat (ladung).
3. Bayang yang terhasil daripada objek tersebut akan menunjukkan ke arah kiblat. InsyaAllah. Arah kiblat adalah bermula dari arah jatuhnya bayang tiang ke arah tiang dalam keadaan menghadap Matahari.
4. Tandakan garis bayang yang terhasil sebagai arah kiblat.