Jabatan Mufti Negeri Selangor ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menyemak ketepatan jam waktu yang digunakan berpandukan Waktu Piawai Malaysia sebagaimana pautan berikut https://mst.sirim.my/
Jabatan ini telah mengesan terdapat beberapa aplikasi yang memaparkan jadual waktu yang berbeza berbanding yang diterbitkan oleh pihak berkuasa agama. Oleh itu, Jabatan Mufti Negeri Selangor juga ingin menasihatkan orang ramai untuk merujuk jadual waktu solat terbitan Jabatan Mufti Negeri atau Jabatan Kemajuam Islam Malaysia (JAKIM) sebagai rujukan utama berbanding penggunaan aplikasi jadual waktu solat yang lain. Bagi Negeri Selangor, jadual waktu solat boleh dimuat turun di pautan berikut:
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

See insights and ads
Boost post
All reactions:
1717