• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Ajaran Sesat Modus Operandi Millah Ibrahim

Ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam

 

PENDAHULUAN

Asal usul Millah Abraham@Ibrahim dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diteraju oleh Ahmad Musodiq.

 

Selain itu, Millah Abraham @ Ibrahim dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon, di Jawa Barat Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.

Millah Abraham@Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Fatwa diwartakan pada 17 Sep 2015 telah menegaskan beberapa perkara berikut:

    • Konsep Nubuwwah yang wajib diyakini ialah konsep Nubuwwah ini diteruskan oleh mana-mana inidividu yang dipilih untuk menyebarluaskan ajaran Islam.
    • Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baru iaitu Millah Abraham@Ibrahim.
    • Menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham@Ibrahim sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran Millah Abraham@Ibrahim.
    • Sesiapa yang menuduh kumpulan Millah Abraham@Ibrahim sebagai sesat telah memperbodohkan diri mereka sendiri.
    • Menuduh ulama muktabar sebagai sesat.
    • Menafikan kefardhuan solat lima waktu dan solat jumaat.
    • Mewajibkan bai’ah dan berpegang dengan bai’ah.
    • Terlalu taksub dengan dakyah mereka sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak mengikut Millah Abraham@Ibrahim ini.
    • Menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
    • Tidak makan sembelihan daging orang Islam.
    • Mensasarkan golongan muda sebagai wadah untuk dakyah yang dibawa.
    • Mempunyai unsur militan yang sesat dan membahayakan.
    • Bersembahyang melalui penyampaian makna dalam Bahasa Melayu
    • Tidak berpegang kepada Hadis Nabi SAW.

     

    MODUS OPERANDI DAN STRATEGI

Pun begitu, ajaran sesat ini aktif berkembang dari masa ke semasa secara tersembunyi dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.

 

Baru-baru ini, ajaran sesat ini turut mengambil kesempatan meluaskan propaganda melalui media sosial seperti kelas al-Quran secara dalam talian.

Justeru itu, pergerakan tersembunyi ajaran Millah Abraham@Ibrahim menerusi modus operandi secara aktif yang berstrategi merupakan suatu ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

 

Terdapat beberapa strategi dan modus operandi yang digunapakai seperti berikut:

 

Strategi Pertama: Indoktrinasi Ahli

Gerakan Millah Abraham@Ibrahim menanam doktrin-doktrin dalam kalangan pengikut dan pemimpin mereka bagi mengukuhkan pegangan dan pemikiran seperti yang berikut:

  1. Indoktrinasi Fasa Perubahan Sistem
  • Dakwah secara al-sirr iaitu sembunyi yang terancang.
  • Dakwah secara al-jahr iaitu terang-terangan.
  • Fasa Hijrah dan Yaumul Fath iaitu Hari Pembukaan.
  • Fasa Jihad Qital iaitu peperangan.
  • Fasa menubuhkan pemerintahan sendiri.
  • Fasa Penubuhan Daulah iaitu Negara, mewujudkan wilayah yang bebas dari aspek pentadbiran dan penguasaan.
  1. Indoktrinasi Sistem & Disiplin Ahli
Diagram: Sistem Ahli Dalam Millah Abraham
  • Membina hubungan rapat antara ahli baru dan ahli lama.
  • Memantau rapat ahli mengikuti setiap pengajian dan propaganda.
  • Menggunakan kod rahsia sebagai identiti setiap ahli.
  • Menggubal silibus pengajian berperingkat bagi setiap tahap dalam sistem ahli.
  • Menutupi silibus daripada diketahui umum ketika pergi dan balik dari pengajian.
  • Merahsiakan setiap keahlian.
  • Menyembunyikan susunan heiraki.
  • Melindungi maklumat pimpinan.
  • Melantik pedamping yang kompeten sebagai wakil rasul iaitu penyampai untuk ahli baru.
  • Mengenakan bayaran wang taubat.
  • Menuntut bayaran wang pengajian.
  • Menetapkan bayaran wang untuk tujuan penubuhan daulah.
  • Meletakkan bayaran wang melawat negara Islam.
  • Melafazkan aku janji iaitu bai’ah sebagai janji setia ahli kepada pimpinan utama.
  • Menggariskan tuntutan cerai bagi pasangan yang tidak menyertai gerakan.
  • Memberi amaran bagi ahli yang melanggar aku janji iaitu bai’ah.
  • Menyediakan ganjaran bagi ahli yang setia dengan aku janji iaitu bai’ah.

Strategi Kedua: Propaganda

Selain itu, gerakan Millah Abraham@Ibrahim menghebahkan secara teratur ajaran mereka bagi mempengaruhi dan mendapatkan sokongan daripada khalayak ramai seperti berikut:
  1. Propaganda Operasi
  • Menjalankan operasi dengan nama yang pelbagai.
  • Menggunakan medium pengajian kelas al-Quran dalam talian.
  • Melaksanakan aktiviti secara bersemuka dengan terancang dalam kelompok yang kecil sekitar tiga hingga lima orang.
  1. Propaganda Pusat Pengajian (strategy propaganda)
  • Menggunakan premis yang pelbagai seperti bangunan pejabat, rumah kedai serta rumah sewa.
  • Menggunakan rumah persendirian ahli bagi perkumpulan ahli skala kecil.
  1. Propaganda Tenaga pengajar (boleh masuk strategi kedua-propaganda)
  • Dipimpin oleh penyampai yang dikenali sebagai wakil rasul.
  • Penyampai sentiasa berpenampilan dengan pakaian kemas.
  • Penyampai menggunakan nama singkatan atau
  • Penyampai melakukan metodologi terjemahan al-Quran sebagai tema perbincangan.
  • Penyampai menjalankan rujukan kepada Injil bersama-Quran terjemahan dalam tema perbincangan.

Strategi Ketiga: Perkaderan Ahli

Di samping itu, gerakan Millah Abraham memberi keutamaan kepada perkaderan ahli bagi melatih ahli baru untuk meneruskan agenda mereka iaitu:

  • Sasaran Perkaderan Ahli
  • Mementingkan rangkaian kelas profesional yang mempunyai pendapatan tetap.
  • Menjejaki lingkaran latar belakang keluarga yang berharta.
  • Meninjau lapisan komuniti yang mempunyai pendidikan akademik yang tinggi.
  • Mensasarkan pemuda sebagai golongan pelapis gerakan masa hadapan.
  • Menumpukan kumpulan yang kurang pengetahuan agama.
  • Mengutamakan kelompok yang mempunyai keberanian dan semangat yang tinggi.
  • Mendahulukan kenalan dan kawan yang rapat kepada ahli yang sedia ada.

PENUTUP

Berdasarkan senarai modus operandi di atas, strategi gerakan Millah Abraham@Ibrahim menunjukkan pertentangan terhadap kuasa autoriti agama.

Kelicikan strategi gerakan Millah Abraham@Ibrahim yang berterusan ini mampu mengancam keselamatan negara kerana.

Hal yang demikian kerana gerakan ini memberi implikasi kepada sifat taasub yang melampau dan fenomena takfir iaitu kafir mengkafirkan dalam kalangan masyarakat Islam.

Oleh itu, kerjasama dan tindakan bersepadu pihak berkuasa agama bersama dengan pelbagai agensi kerajaan termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu diperkukuhkan bagi memantau gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.

Tindakan tegas terhadap pengikut dan pemimpin gerakan Millah Abraham@Ibrahim dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat lain yang terlibat perlu dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 dan Kanun Keseksaan.

 
Sumber : Majlis Agama Islam Selangor