A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Takwim 2022 Edisi Kemaskini Syawal 1443H

Assalamualaikum WBT

Berikutan perubahan tarikh 1 Syawwal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada hari Isnin 2 Mei 2022 berbanding Takwim 2022 yang dikeluarkan sebelum ini bertarikh 3 Mei 2022, pihak JAKIM telah mengeluarkan Takwim 2022 Miladiah / 1443-1444 Hijriah Bagi Malaysia (Edisi Kemaskini Syawwal 1443H).

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan ini hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawwal 1443H sahaja manakala bulan-bulan yang lain tidak terlibat dengan perubahan ini. Perubahan ini juga tidak melibatkan sebarang perubahan waktu solat sedia ada.

Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini.

Sekian, terima kasih.