• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Pertandingan Video Pendek Ijtimak Falak Selangor Online 2020

ANDA KREATIF?

Jom sertai Pertandingan Video Pendek sempena Program Ijtimak Falak Selangor Online 2020 !

 

BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR?

Layari ----->  bit.ly/daftarvideofalak

(Daftar sebelum 11 September 2020)

 

PENYERTAAN BOLEH DIHANTAR SELEWAT-LEWATNYA PADA 23 SEPTEMBER 2020

*Sila rujuk peraturan umum pertandingan seperti di bawah*

 

 

PERTANDINGAN VIDEO PENDIDIKAN FALAK

A. PERATURAN UMUM

i. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
ii. Setiap peserta bebas menentukan bilangan ahli pasukan. Hadiah hanya SATU (1) bagi setiap penyertaan.
iii. Pertandingan ini hanya melibatkan satu (1) kategori sahaja iaitu Video Pendek berdurasi 04 – 05 Minit sahaja.
iv. Bahasa yang digunakan hanya Bahasa Malaysia sahaja.
v. Setiap peserta/pasukan hanya boleh menghantar SATU ( 1 ) video sahaja bagi setiap penyertaan.
vi. Setiap peserta/pasukan boleh merujuk mana-mana video animasi pendidikan dilaman sesawang tetapi tidak boleh mengambil video tersebut sebagai penyertaan.
vii. Produksi mestilah karya asal peserta. Tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang ciplak atau copyright.
viii. Hakcipta produksi adalah kekal milik pserta/pasukan. Walaubagaimanapun penganjur boleh menggunakan produksi tersebut untuk tujuan program pendidikan, promosi semasa dan selepas pertandingan.
ix. Peserta/pasukan perlu memenuhi tahap kompetensi yang ditetapkan.
x. Penganjur berhak menolak penyertaan yang melanggar terma dan syarat pertandingan.
xi. Video penyertaan akan di Publish ke laman Channel youtube milik Balai Cerap Selangor untuk dinilai viewer dan like sebagai markah tambahan.
xii. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
xiii. Hanya 100 penyertaan terawal sahaja akan diambil sebagai penyertaan.

 

B. TIMELINE PERTANDINGAN VIDEO

  • 01 hingga 11 September 2020 (Pendaftaran di bit.ly/daftarvideofalak )
  • 01 hingga 23 September 2020 (Penghantaran video)
  • 24 September 2020 (Video akan dipublish ke Channel Youtube Balai Cerap Selangor)
  • 24-30 September 2020 (Tempoh pemarkahan Viewer dan Like Video)
  • 1 Oktober 2020 (Penjurian penuh)


C. CARA PENYERTAAN
i. Semua video untuk dipertandingkan perlu dimuatnaik ke laman Google Drive : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ii.Penyertaan hendaklah disertakan nama pasukan, alamat, email dan juga Nombor Telefon yang hendak dihubungi.

 

D. KRITERIA PENILAIAN

Keseluruhan multimedia yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut Kriteria dan pecahan skema pemarkahan berikut:
a) Menepati tema = 30 markah
b) Idea (isi kandungan )/ Penyampaian = 30 markah
c) Kreativiti/ Inovasi = 30 markah
d) Jumlah tontonan = 10 markah

Markah Keseluruhan = 100 markah

Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat
menyurat tidak akan dilayan

 

E. TEMA PERTANDINGAN VIDEO

“ASTRONOMI ISLAM”

 

F. PENGANJUR

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi penganjur di alamat seperti berikut:
Urus Setia
Bahagian Falak
Jabatan Mufti Negeri Selangor

Tel : 03 – 5514 3718
Faks : 03 – 5519 7584

>> Muat Turun Syarat Penyertaan