Shah Alam, 17 Januari - Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Mufti Negeri Selangor (JMNS) telah membuka tirai tahun 2020 dengan mengadakan Majlis Pelancaran Program Pementoran 2020 bersama semua ahli jawatankuasa AKRAB dan kakitangan JMNS. Majlis yang julung kali diadakan ini memberi pengiktirafan kepada program mentor mentee yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2019 melalui pelbagai program menarik melibatkan semua kakitangan JMNS dalam memberi impak positif bagi membantu kakitangan mencapai prestasi cemerlang dalam kerjaya perkhidmatan awam masing-masing.
Turut diadakan juga majlis penutupan program pementoran tahun 2019 di mana seramai lima (5) orang pegawai telah diberi penghargaan dalam program pementoran ini iaitu S.S. Dato' Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir sebagai mentor kepada Ustaz Abdul Wahid Bin Ishak (mentee) dan Ustaz Hardi Bin Sadali sebagai mentor kepada Puan Siti Rahimah Binti Rosnan dan Cik Norzatun Najihah Binti Mohammad Noh (mentee).
Bagi perlantikan mentor-mentee bagi tahun 2020 pula telah disampaikan oleh S.S. Dato' Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid kepada pegawai-pegawai berikut; Ustaz Mohamad Shukry bin Sulaiman (mentor) - Puan Hailis Suzana Binti Abdul Halim (mentee), Encik Norakmal Azraf Bin Awaluddin (mentor) - Encik Mohd Faeezi bin Noor Rahman (mentee) dan Puan Liyana Binti Aini (mentor) - Encik Haris Cendera Khazaani Bin Osman (mentee). Majlis turut menjemput Tuan Rinatho Bin Nunchi, Pegawai Psikologi Pejabat SUK Selangor bagi memberi taklimat berkenaan program Pementoran Sektor Awam kepada semua pegawai dan kakitangan JMNS.