Sabak Bernam, 17 Julai : Balai Cerap Selangor telah mengadakan satu taklimat falak di Sekolah Agama Menengah Muhammadiah, Sabak Bernam pada 17 Julai 2019 yang lalu. Seramai lebih kurang 700 orang pelajar dan guru menyertai sesi taklimat ini yang telah disampaikan oleh Encik Norameen bin Burhanuddin, Pegawai Sains dari Balai Cerap Selangor.
Taklimat yang disampaikan adalah mengenai asas ilmu falak yang meliputi waktu solat, arah kiblat, Istiwa’ Adzam, fenomena gerhana bulan dan matahari secara umum. Program ini turut dibantu oleh Ustaz Ismail bin Ibrahim dan Ustazah Haizatul Akmar sebagai fasilitator. Taklimat berlangsung selama kira-kira 1 jam dan berakhir pada jam 8:30 pagi.