• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Hari Terbuka Balai Cerap Selangor & Persidangan Pegawai Balai Cerap

SABAK BERNAM, 3 Julai :  Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui kelolaan Bahagian Falak telah mengadakan program Hari Terbuka Balai Cerap Selangor dan Persidangan Pegawai Balai Cerap bertempat di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam pada 3 dan 4 Julai yang lalu. Bermula pada jam 6:30 petang, satu taklimat cerapan hilal telah diberikan oleh Ustaz Ismail bin Ibrahim dan cerapan hilal Zulqa’dah 1440H turut diadakan yang juga disertai oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan pelawat luar. Pengunjung juga telah diberi peluang untuk mencerap planet Musytari dan planet Zuhal menggunakan teleskop robotik di kubah cerapan Balai Cerap Selangor di samping melawat ruang pameran di Balai Cerap Selangor pada sesi malamnya.

WhatsApp Image 2019-07-03 at 17.53.26 (1).jpeg   bcs

Kira-kira 500 orang pelawat telah menghadiri program ini diantaranya adalah kakitangan Institut Perakaunan Negara(IPN), Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), pegawai-pegawai agensi kerajaan daerah Sabak Bernam, guru-guru, kakitangan dan pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, MRSM Sungai Besar, SAMTAJ Sungai Besar, sekolah-sekolah sekitar Sungai Air Tawar, Maahad Tahfiz Ummul Qura, Darul Islah dan penduduk di sekitar daerah Sabak Bernam.

WhatsApp Image 2019-07-03 at 15.51.05.jpeg   WhatsApp Image 2019-07-04 at 13.19.26.jpeg

Pada hari berikutnya pula telah berlangsung Persidangan Pegawai Balai Cerap dengan agenda membincangkan langkah-langkah untuk memperkasakan pengurusan balai cerap dari aspek pendidikan dan penyelidikan. Persidangan ini dipengerusikan oleh Pegawai Sains Balai Cerap Selangor dan di hadiri oleh Pegawai Sains & Penolong Pegawai Sains Balai Cerap Al-Khawarizmi, Pegawai Sains Pusat Falak Sheikh Tahir dan Penolong Jurutera Balai Cerap Selangor. Hasil daripada persidangan, beberapa resolusi untuk memantapkan pengurusan balai cerap telah disepakati dan akan mula dilaksanakan pada tahun 2020.