A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Muzakarah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor

SHAH ALAM - Pada 2 Julai 2019 telah diadakan Program Muzakarah Siri 1 Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bersama Y.A.B Dato' Menteri Besar bertempat di Pejabat Menteri Besar, SUK Selangor. Turut hadir bersama-sama dalam program ini ialah Y.B Ustaz Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni Pembantu Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Selangor.

IMG 20190702 WA0007  IMG 20190702 WA0009


Program ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal semasa agama Islam dan permasalahan hukum syarak serta isu kefatwaan yang menjadi polemik dalam kalangan umat Islam.

IMG 20190702 WA0006  IMG 20190702 WA0026


Semoga dengan penganjuran program ini ia memberikan natijah terbaik dalam memperkasakan pentadbiran serta pelaksanaan Agama Islam di negeri ini.