A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan ke Balai Cerap Selangor

SUNGAI LANG, 14 Jun : Balai Cerap Selangor telah menerima kehadiran seramai kira-kira 30 orang peserta daripada para pelajar Sekolah Rendah Integrasi Islam Al-Ta'lim, Sungai Besar, Selangor sempena program lawatan ke Balai Cerap Selangor. Pelajar-pelajar telah diberikan penerangan dan merasai sendiri pengalaman mencerap matahari dan objek langit menggunakan peralatan cerapan di Balai Cerap Selangor. Taklimat dan panduan cerapan telah diberikan oleh kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor iaitu Ustaz Ismail bin Ibrahim, Ustaz Khairul Nizaam bin Wahab dan Puan Haizatulakmar bin Harun. Semoga dengan pendedahan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan menarik minat pelajar dalam mendalami ilmu alam yang amat menakjubkan ini.

3  1

 

2 4