A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan Kerja Pelaksanaan Program Istitabah Jabatan Mufti Negeri Perak

SHAH ALAM, 14 Februari : Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada Jabatan Mufti Negeri Perak sempena lawatan kerja pelaksanaan program istitabah di Jabatan Mufti Negeri Perak. Lawatan kerja ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan proses istitabah yang dijalankan di Selangor termasuk modul penasihatan akidah yang dijalankan di Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai penanda aras untuk ditambahbaik oleh kedua-dua pihak.

DSC 0033   DSC 0027

Delegasi daripada Jabatan Mufti Negeri Perak telah diketuai oleh S.S. Tuan Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Perak bersama kira-kira 15 orang pegawai Jabatan Mufti Negeri Perak. Turut sama meraikan delegasi lawatan adalah panel penasihatan akidah Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Bahagian Undang-undang MAIS, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS dan pegawai-pegawai Bahagian Fatwa, jabatan Mufti Negeri Selangor.

DSC 0042  DSC 0075

Semoga dengan pertemuan ini dapat memberi manfaat dan mengukuhkan ukhwah di antara kedua belah pihak.