SHAH ALAM, 25 Jan : Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima kunjungan daripada YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mugni (ADUN Sg. Kandis) sempena lawatan kerja ke agensi-agensi agama Islam Selangor. Turut sama menyertai lawatan kerja ini adalah Encik Mohd Fakrullah (Setiausaha Kanan YB) dan Ustaz Rizal Bin Ramli (Pegawai Kanan Korporat, JAIS).
YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni diberi penerangan berkenaan struktur organisasi dan peranan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Seramai kira-kira 45 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor turut meraikan kehadiran YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni serta berpeluang berkomunikasi secara dua hala serta bertukar pendapat dan pandangan. Semoga dengan kunjungan ini dapat mengeratkan lagi ukhwah di samping memberi impak positif dalam usaha Jabatan memartabatkan syariat Islam di kalangan masyarakat umum khususnya.
YB Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni bergambar bersama S.S. Dato' Mufti Selangor, S.S. Timbalan Mufti dan pegawai-pegawai yang hadir.