Bertarikh 18 sehingga 20 September 2018, Seramai 13 orang yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor dan urus setia yang diketuai oleh YAD SS. Dato Mufti Selangor telah mengadakan lawatan dan muzakarah ke Negeri Johor Darul Takzim. Tujuan program ini adalah untuk berdiskusi bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri berkaitan kefatwaan dan isu-isu agama serta menjalin kerjasama bagi mewujudkan jaringan penyelidikan di peringkat institusi mufti negeri.
Sepanjang tempoh lawatan dan muzakarah sepanjang tiga hari di negeri tersebut, keseluruhan aktiviti telah disusun oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Johor antaranya ialah pada hari pertama lawatan dan kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Mufti Negeri Johor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, dan Pejabat Waqaf An-Nur (Johor Corporation). Manakala pada hari yang kedua Muzakarah Bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dan kunjungan hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor. Seterusnya hari terakhir ditutup dengan lawatan ke Muzium Tokoh Johor.
Semoga dengan kunjungan dan kerjasama ini ia dapat memajukan pengurusan hal ehwal Islam dan dalam masa yang sama ia dapat mengukuhkan lagi jalinan lestari yang strategik antara institusi mufti di peringkat nasional.
Bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi agensi Agama Islam Negeri Johor
Lawatan ke Pejabat Waqaf An-Nur, Johor Corporation
Bergambar kenangan selepas sesi muzakarah bersama AJK Fatwa Negeri Johor
Lawatan dan kunjungan hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Johor
Lawatan ke Muzium Tokoh Johor