• English (UK)

|Bahasa lain

A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Bengkel myPortfolio Jabatan Mufti Negeri Selangor

Shah Alam - 4 Oktober 2018 : Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan bengkel semakan Fail Meja (FM) dan Manual Prosedur Kerja (MPK)  pada 2 hingga 4 Oktober 2018 yang lalu yang melibatkan semua kakitangan Jabatan Mufti Negeri Selangor. Bengkel ini adalah bagi melihat semula struktur dan menambahbaik dokumen fail meja dan manual prosedur kerja Jabatan. Selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018 - MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam yang baharu, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengorak satu langkah ke hadapan bagi mewujudkan dokumen MyPortfolio untuk setiap perjawatan. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Zarina, Pegawai Kualiti JAIS selama tiga (3) hari di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zohdi, Bangunan Sultan Idris Shah. 

photo 2018 10 08 12 41 53