Shah Alam - 11 Ogos 2018 : Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan cerapan rasmi hilal Zulhijjah 1439H di tiga (3) lokasi iaitu di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Baitul Hilal Bukit Jugra, Kuala Langat dan Baitul Hilal Bukit Malawati, Kuala Selangor. Cerapan telah bermula seawal jam 6.30 petang di semua lokasi dan disertai oleh pengunjung-pungunjung daripada pelbagai lapisan umur. Program tidak hanya tertumpu kepada cerapan sahaja dan turut diselitkan dengan taklimat cerapan yang disampaikan oleh pegawai Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor di semua lokasi.
Pemandangan yang dapat dilihat dari Baitul Hilal Bukit Malawati.
Cerapan yang berlangsung di Baitul Hilal Bukit Malawati.
Taklimat cerapan hilal yang disampaikan oleh Ustaz Haji Hardi Bin Mohamed Sadali di surau Baitul Hilal Bukit Jugra.
Di antara peserta yang hadir untuk cerapan hilal Zulhijjah di Balai Cerap Selangor.
Di antara pengunjung yang turut serta dalam cerapan hilal di Baitul Hilal Bukit Malawati.