SHAH ALAM, 19 April 2018 : Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima lawatan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Selangor pada 19 April (Khamis) yang lalu. Program lawatan sambil belajar ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zohdi yang telah dihadiri oleh kira-kira 30 orang pelajar dan diiringi oleh 4 orang guru. Semoga dengan lawatan ini dapat memberikan pengetahuan dan manfaat kepada semua pelajar dan guru.