A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Bicara Fatwa Daerah Gombak

Gombak - 29 Mac 2018 : Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Daerah Gombak telah mengadakan Program Bicara Fatwa bertempat di Kompleks Islam Daerah Gombak yang melibatkan para peserta daripada guru-guru JAIS seramai 197 orang.Gombak - 29 Mac 2018 Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam Daerah Gombak telah mengadakan Program Bicara Fatwa bertempat di Kompleks Islam Daerah Gombak yang melibatkan para peserta daripada guru-guru JAIS seramai 197 orang.

Objektif penganjuran program adalah memberi maklumat kepada para peserta berkenaan isu-isu yang difatwakan dan memberi kesedaran supaya fatwa dipatuhi. 

photo 2018 03 29 13 20 10     photo 2018 03 29 13 20 07

Menurut Ustazah Arjunah binti Ismail, Penolong Pegawai Tadbir Agama Unit Pendidikan Islam Daerah Gombak, berkata: "Penganjuran program ini sangat bagus dalam memberi pendedahan fatwa-fatwa yang berkaitan kpd masyarakat, diharap kerjasama ini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang". 

Antara pengisian program kali ini ialah slot pertama berkenaan fatwa Ajaran/ Fahaman Sesat yang disampaikan oleh Ustaz Jamali bin Mohd Adnan, slot kedua berkenaan fatwa Sosial & Syariah yang disampaikan oleh Ustaz Mat Jais bin Kamos dan slot ketiga yang disampaikan oleh Dato' Abdul Majid berkenaan Santai 30 Minit Bersama Duta Wakaf Selangor.  

photo 2018 03 29 13 19 57   photo 2018 03 29 13 20 04   photo 2018 03 29 13 20 13  

Akhirnya, diharap dengan penganjuran program ini dapat memberi maklumat kepada para peserta berkenaan kefatwaan dan memberi kesedaran agar setiap fatwa yang telah diputuskan dapat dipatuhi seterusnya "Memasyarakatkan Fatwa" dalam kalangan masyarakat khususnya rakyat di Negeri Selangor.