A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Teraju Generasi Celik Falak

SUNGAI LANG, 13 – 15 Mac 2018 : Seramai 42 orang peserta dari kalangan Guru-Guru Kelab Falak Sekolah, pimpinan organisasi dan masyarakat berjaya menamatkan program Ilmu Falak Lanjutan anjuran Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor.

Program kursus selama tiga hari tersebut bermula pada 13 hingga 15 Mac 2018 dengan kerjasama Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) memberi keselesaan kepada para peserta dalam mendalami ilmu astronomi. Ditambah nilai kualiti kepada para peserta dengan pelbagai aktiviti praktikal bermula jam seawal 4.00 pagi.

kursus1

Para peserta dibimbing untuk membuat kajian berkaitan terbitnya matahari untuk mencerap fajar khazib dan fajar sodik. Pengalaman yang berharga ini dapat membantu para peserta mengetahui bilakah waktu masuknya solat fardhu subuh. Selain itu, para peserta juga dapat menentukan masuknya waktu syuruk dan waktu solat sunat dhuha.

    kursus2

Tatkala teriknya bahang cahaya matahari, para peserta berpeluang untuk mengunakan Alat Tedolite, Kompas Magnet dan Sun Compass untuk membuat semakkan arah kiblat di atas tanah lapang. Para peserta diuji bagi mendapatkan kiblat yang tepat ke arah 292° iaitu ke arah Kaabah.

Pada akhir program para peserta diberikan sijil atas kejayaan yang dikecapi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta.

kursus3

Pada 8 hingga 10 Mei 2018 Program Kursus Pengimejan Astronomi (Astrofotografi) akan diadakan. Pada yang berminat boleh whatsapp di nombor 010-8030641 untuk tempah tempat duduk anda. Digalakkan kepada mereka yang memliki Kamera DSLR untuk aktiviti praktikal nanti.

Suntingan : Azezul Azery bin Zul Azmi