A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti di Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam

Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Islam, UiTM telah mengadakan program Mesra Ummah Bersama Jabatan Mufti pada 15 Disember 2017 (Jumaat) yang lalu bertempat di dewan solat Masjid Tuanku Mizan, UiTM Shah Alam. Program dimulai dengan Tazkirah Jumaat yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz Bin Salihin, Ketua Penolong Mufti (Fatwa) sebelum Solat Jumaat. Seterusnya khutbah Jumaat disampaikan oleh YBhg. Sahibus Samahah Dato' Setia Diraja Mufti Selangor, Dato' Setia Haji Mohd Tamyes Bin Abd Wahid.

photo 2017 12 18 14 21 29     photo 2017 12 18 14 21 03

Tazkirah Jumaat disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz Bin Salihin.        S.S. Dato' Mufti Selangor menyampaikan khutbah Jumaat.

Program Dialog Bersama Jabatan Mufti seterusnya berlangsung selepas selesai Solat Jumaat dan disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Halem Hapiz Bin Salihin, Ketua Penolong Mufti(Fatwa) dan YBrs. Ustaz Haji Mohd Daruddin Bin Haji Taib, Penolong Mufti(Fatwa). 

photo 2017 12 18 14 21 27    photo 2017 12 18 14 21 11  

Sesi Dialog bersama Jabatan Mufti Negeri Selangor.                      Edaran risalah dan bahan terbitan Jabatan Mufti Negeri Selangor secara percuma.

 

photo 2017 12 18 14 21 24    photo 2017 12 18 14 21 00

Penyampaian cenderahati kepada YBhg. Professor Dr. Hj. Muhamad Rahimi Osman, Dekan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Shah Alam.