A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Bicara Fatwa Selangor Daerah Sepang

Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan program Bicara Fatwa Selangor peringkat daerah Sepang bertempat di Makmal Kesihatan Veterinar Bandar Baru Salak Tinggi pada 27 September 2017 (Rabu). Seramai kira-kira 100 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah (Guru Pendidikan Islam, Guru Kaunseling, Guru Disiplin) Daerah Sepang yang telah menyertai program ini.

Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang dan Tuan Haji Mat Jais bin Kamos, Ahli Jawatankuasa Fatwa Selangor. Objektif program di antaranya adalah untuk memberikan hebahan berkenaan fatwa yang telah dikeluarkan di Selangor serta penjelasan isu-isu semasa berkaitan hukum syarak yang berlaku di kalangan umat Islam.

photo 2017 09 27 09 51 30  photo 2017 09 27 09 51 34

photo 2017 09 27 09 51 04