Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) telah mengadakan penerangan berkenaan skim infaq dan produk pada 15 September 2017 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat Raja Mahmud Zohdi, Tingkat 8, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Di antara program wakaf yang ditawarkan adalah Saham Wakaf Selangor yang telah diperkenalkan bagi menggalakkan masyarakat berwakaf walaupun tidak mempunyai aset kekal dengan berwakaf secara tunai. Aktiviti agihan wakaf di antaranya adalah untuk pembangunan hartanah, pembangunan institusi Islam, pembelian lot tanah dan pembelian bangunan / premis perniagaan.
Di antara sumbangan wakaf yang telah dimanfaatkan adalah seperti pemasangan mihrab di Masjid Kg. Baru, Kuala Lumpur, pembinaan Masjid Puncak Alam, Shah Alam, pembinaan Masjid Temasya, Glenmarie, Shah Alam, pemasangan eskalator di Masjid Negeri, Shah Alam dan pelbagai lagi. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web PWS di www.wakafselangor.gov.my