A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kajian Fenomena Penghijaban Planet Zuhrah 2017

Pada 17 hingga 18 September 2017 yang lalu, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor dengan kerjasama Falak Online telah mengadakan program Kajian Fenomena Penghijaban Planet Zuhrah 2017 bertempat di UiTM Dengkil, Sepang.

Program ini bertujuan mengkaji fenomena penghijaban planet Zuhrah oleh bulan yang dapat disaksikan di Malaysia dengan memilih lokasi di UiTM Dengkil untuk mendapatkan gambaran penghijaban separa. Laluan yang dipilih berdasarkan beberapa perisian antaranya Stellarium, Star Safari dan beberapa perisian lagi dengan kerjasama En. Shahrin Bin Ahmad (pengasas Falak online).

Program ini turut disertai oleh pelajar UiTM bermula selepas Solat Maghrib 17 September 2017 (Ahad), program diisi dengan ceramah khas yang disampaikan oleh En. Shahrin Bin Ahmad.

Program disambung pada pagi 18 September 2017 (Isnin) bermula jam 5.30 pagi dihadapan surau UiTM Dengkil dan berakhir pada jam 7.30 pagi

1  2

Sesi Ceramah Khas Mengenai Fenomena Penghijaban Planet Zuhrah Oleh En Shahrin Bin Ahmad
pada 17 September 2017 Jam 8.00 malam – 10.00 malam

3  4

Cerapan Fenomena Penghijaban Planet Zuhrah Yang Turut Disertai Oleh Pelajar UiTM Dengkil
pada 18 September 2017 Jam 5.30 pagi – 7.30 pagi