A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan Penerbitan Da'i Pendakwah Nusantara

Pada 13 September yang lalu, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menerima lawatan daripada kru penerbitan Program Da'i Pendakwah Nusantara TV3 seramai 16 orang terdiri daripada Juri program, YBhg. Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud, peserta-peserta Da'i musim ke-5; Aiman Sufyan Aezman (Selangor), Muhammad Luqman Hakim Othman (Selangor), Muhammad Fahmi Zulkifli (Melaka), Muhammad Luqman Roslan (Kuala Lumpur), Ilhami Nadhrah Hamzah (Terengganu), Nur Afiqah Mahmud (Kedah), Nurul Syafiqah Mohamed Hanafiah (Selangor), Nor Zahirah Mohd Johari (Kedah), Nik Nur Adneen Ismail (Terengganu) dan Humaira' Mohammad Akhir (Kedah), Penolong Penerbit serta jurukamera.

DSC 0134

Barisan peserta Da'i Pendakwah Nusantara bergambar bersama Sahibus Samahah Dato' Setia Diraja Mufti Selangor, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor dan Ketua Penolong Mufti Selangor.