A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Kursus Falak 2017 : Arah Kiblat Dan Falak IT

Pada hari ini, zaman teknologi yang serba canggih, adakalanya membuatkan orang ramai kurang berminat untuk mempelajari ilmu Falak, kerana hari ini telah mempunyai peralatan moden yang kononnya memudahkan pencarian maklumat.

Namun disebalik teknologi tersebut, ramai yang tidak menyedari bahawa kecanggihan yang digunakan pada hari ini adalah hasil yang diasaskan oleh umat Islam bahkan ianya diguna pakai di seluruh dunia.

Program Kursus Falak : Arah Kiblat dan Falak IT adalah siri yang ke-3 yang baru di adakan pada 12 hingga 14 September 2017 yang lalu dan terakhir bagi tahun ini selepas Program Taqwim dan Waktu Solat pada 18 - 20 Mei 2017 dan Program Penggunaan Rubu' Mujayyab pada 18 - 20 Julai 2017 yang telah di adakan sebelum ini.

photo 2017 09 19 15 08 40  photo 2017 09 19 15 08 37

Tahniah dan syabas kepada para peserta dari Maahad Ummul Qura, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan Kolej Komuniti yang berjaya menghadirkan diri dan menghabiskan tempoh Kursus Falak : Arah Kiblat selama tiga hari ini.

Objektif kursus ini untuk memberi pendedahan dan menjana pengetuan mengenai aspek ilmu falak dan ilmu syarak yang berkaitan arah kiblat. Selain itu, bagi meningkatkan kemahiran dalam menentukan arah kiblat. Disamping memberi kefahaman berkaitan isu semasa arah qiblat.

Berdasarkan penilaian yang dibuat adalah didapati program Kursus Falak : Arah Kiblat dan Falak IT ini telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan.

photo 2017 09 19 15 08 43   photo 2017 09 19 15 08 57

 

photo 2017 09 19 15 08 29   photo 2017 09 19 15 08 45

Disamping itu beberapa tempat seperti di Masjid Tebuk Mufrad, Surau Jaafariah (Masjid Mini) dan Surau Maahad Ummul Qura telah dijadikan sebagai tempat untuk para peserta mempraktikalkan ilmu penentuan semakkan arah kiblat mengunakan Kompas Matahari dengan melalui kaedah bayang matahari.

Program ini terbuka kepada orang awam yang berminat untuk menceburi ilmu falak.

Sesiapa yang berhajat untuk menyertai program seumpama ini pada tahun hadapan boleh emailkan Nama, No Tel dan Alamat surat-menyurat ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau whatsapp 010-8030641 untuk maklumat lanjut.

Jumpa di tahun 2018.