Cerapan fenomena Gerhana Bulan Separa telah diadakan di Masjid Jamiul Hasaniah, Kg Batu 3, Jalan Kapar, Klang pada 7 - 8 Ogos 2017 bermula jam 11.00 malam. Di antara sisipan program yang berlangsung adalah tayangan dokumentari falak, taklimat fenomena gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan dan cerapan gerhana bulan.
Muslimin dan muslimat di sekitar kawasan turut hadir bagi mencerap gerhana dan seterusnya mengadakan solat sunat gerhana.
Aktiviti cerapan diadakan di luar masjid yang dikelolakan oleh Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Imej cerapan fenomena gerhana bulan separa yang dirakamkan melalui teleskop. Fenomena gerhana berlaku bermula sekitar jam 1.22 pagi 8 Ogos 2017.