A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Konvensyen Falak Selangor 2017

Konvensyen Falak Selangor 2017 telah berlangsung pada 6 Mei 2017 bertempat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah di SMK Seksyen 18, Shah Alam pada 7 Mei 2017. Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Dr. Haji Ahmad Yunus Bin Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa TetapHal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi.

photo 2017 05 08 09 11 22    photo 2017 05 08 09 11 16

Majlis turut disempurnakan dengan pelancaran Logo Balai Cerap Selangor oleh Y.B. Dato' Dr. Haji Ahmad Yunus Bin Hairi selaku Pengerusi Jawatankuasa TetapHal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. Majlis turut diserikan dengan persembahan Choral Speaking, Kalam Jamai.

photo 2017 05 08 09 10 53    photo 2017 05 08 09 11 39

Pelbagai pameran dan program menarik tersedia seperti Dome Planetarium, Pameran Falak dari Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Universiti Malaya, Penjualan Buku dan Kitab, Seni Kaligrafi, Astrofotografi, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Video Pendidikan Falak dan Pertandingan Kuiz Falak.

photo 2017 05 08 09 10 50   photo 2017 05 08 09 10 56

 

Pada 7 Mei 2017 bertempat di Padang SMK Seksyen 18, Shah Alam telah berlangsungnya Pertandingan Roket Air Peringkat Sekolah.

photo 2017 05 08 09 11 34   photo 2017 05 08 09 11 43