A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Lawatan Kerja ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

22 Mac 2017 – Seramai 12 orang pegawai delegasi Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menyertai lawatan kerja ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Kompleks Islam Putrajaya. Tujuan lawatan adalah bagi mengetahui serta mendapatkan perkongsian maklumat berkenaan proses-proses kerja yang dilaksanakan di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan terutama di dalam pengurusan soal jawab agama dan pengurusan maklumat. Pihak delegasi telah disambut oleh S.S Mufti Datuk Dr. Zulkfili Bin Mohamad Al-Bakri dan S.S Timbalan Mufti Haji Hashim Bin Haji Salleh serta para pegawai yang lain.

1   3

Semoga dengan hasil lawatan kerja ini diharap dapat membantu Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi memperkasakan perkhidmatan Jabatan kepada orang awam khususnya di Selangor, dalam masa yang sama semoga dengan program lawatan ini ia dapat memperkuatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak bagi memperkasakan institusi mufti di masa akan datang.