A A
Arial | PT Sans | Century
A- A A+

Ceramah Integriti Siri 1/2017

Unit Integriti, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menganjurkan Ceramah Integriti Siri 1/2017 bertajuk "Larangan Mutlak Dalam Perkhidmatan Awam" yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Tuan Asrul Shah bin Razali, Ketua Unit Integriti, Jabatan Perkhidmatan Awam.

 photo 2017 02 03 14 52 30  photo 2017 02 03 14 52 27

Diantara intipati ceramah yang disampaikan adalah berkenaan fungsi teras Unit Integriti, peraturan-peraturan integriti, prosedur-prosedur tatatertib dan contoh tatakelakuan dan larangan di dalam perkhidmatan awam.

Di antara larangan-larangan mutlak di dalam perkhidmatan awam:

1. Gangguan Seksual
2. Penyalahgunaan Dadah
3. Memberi atau menerima keraian
4. Penyelengaraan taraf hidup melebihi pendapatan yang sah / emolumen
5. Meminjam wang / menjadi penjamin
6. Keterhutangan yang serius
7. Meminjam wang
8. Pasaran niaga hadapan
9. Cabutan bertuah/loteri
10. Penerbitan buku/karya
11. Penyunting akhbar/majalah/jurnal
12. Kegiatan politik
13. Tidak hadir bertugas
14. Skim cepat kaya

photo 2017 02 03 14 52 17     photo 2017 02 03 14 52 23